Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran rentas negeri dalam pelaksanaan PKP 2.0 bermula 27 Januari 2021.
Sumber : Sumber: Whatsapp, Facebook/ Januari 2021
Tajuk berita yang mengelirukan telah dibaiki.
SEKILAS FAKTA
LATAR BELAKANG
Perlaksanaan PKP 2.0 telah dilaksanakan meliputi semua negeri di seluruh negara kecuali Sarawak. Ia bermula pada 13 Jan di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan serta Selangor, Melaka, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sabah.
Manakala Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan turut dikenakan PKP bermula 22 Jan.
Dengan pelaksanaan PKP ini, tiada sebarang pergerakan merentas negeri dibenarkan diseluruh negara termasuk kepada pasangan suami isteri jarak jauh.
MENGENAI DAKWAAN
Menteri Kanan Keselamatan digambarkan sebagai telah mengumumkan bahawa kerajaan akan membenarkan pergerakan rentas negeri mulai 27 Januari walaupun negara masih dalam tempoh pelaksanaan PKP 2.0.
Tangkap layar yang tersebar memetik laporan akhbar The Star dengan tajuk Ismail Sabri: Govt to allow inter-state travel on Jan 27.
APA YANG KAMI TEMUI
Apa sebenarnya yang dikatakan?
Pada 26 Januari Menteri Kanan Keselamatan membuat pengumuman mulai 27 Januari pasangan suami isteri jarak jauh yang berada di lokasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenar merentas negeri untuk pulang berjumpa pasangan masing-masing.
Kami telah meneliti kembali rakaman video tersebut di siaran YouTube Berita Harian bertarikh 26 Jan 2021. Dalam video itu Menteri Kanan Keselamatan ini berkata:
‘Atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, kerajaan bersetuju untuk membenarkan pasangan suami isteri yang berjauhan disebabkan bekerja untuk merentasi negeri bertemu dengan keluarga masing-masing dengan syarat perlu mendapat kebenaran Polis Diraja Malaysia’
‘... kebenaran ini akan mula berkuatkuasa esok (27 Jan)’
Transkrip: Sumber: Berita Harian
Ismail Sabri juga turut menasihati mereka yang begejala sama ada mendapatkan rawatan terlebih dahulu, membuat saringan swab atau sebaik-baiknya menagngguhkan perjalanan sehingga sihat.
Disini secara jelas dinyatakan kebenaran merentas negeri hanya diberikan kepada pasangan suami isteri jarak jauh.
Turut dinyatakan, kebenaran kepada sesiapa sahaja jika mempunyai kes kecemasan seperti kematian dengan syarat mendapatkan kelulusan polis terlebih dahulu.
Apa yang dilaporkan media?
Penelitian kami mendapati akhbar The Star pada awalnya menggunakan tajuk seperti dinyatakan di atas.
Mungkin kerana menyedari tajuk itu boleh mengelirukan pembaca mereka telah menukarnya kepada Ismail Sabri: Inter-state travel allowed for married couples living apart, starting Jan 27.
Sekadar sebagai perbandingan, akhbar lain menggunakan tajuk-tajuk seperti dipaparkan di bawah.
Maka jelas dapat difahami bahawa kelonggaran retas negeri mulai 27 Jan ini hanya diberikan kepada pasangan suami isteri jarak jauh terlebih dahulu.
Ayuh, kita jaga diri, jaga jarak dan jaga kesihatan masing-masing supaya semua orang boleh rentas negeri dengan kadar segera! Kita mampu hapuskan rantaian Covid-19!
-- MYCHECKMY --
RUJUKAN
© 2023 MyCheck Malaysia. All Rights Reserved.