Sebaran senarai bantuan kerajaan disebar, menggalakkan rakyat untuk memohon.
Sumber : WhatsApp /Januari 2020
Pautan membawa pengguna ke channel Telegram kepada artikel di portal maklumat, pada artikel barulah ada pautan ke laman permohonan bantuan yang disenaraikan.
SEKILAS FAKTA
LATAR BELAKANG
Ramai dalam kalangan rakyat berdepan pelbagai cabaran, khususnya terbeban dengan kos sara hidup kerana ada di antara kita yang pendapatannya terjejas mahupun kehilangan pekerjaan disebabkan pelaksanaan PKP.
Pelbagai saluran bantuan juga telah disediakan kerajaan termasuk oleh pelbagai NGO untuk kemudahan rakyat. Namun mungkin ada yang belum tahu jenis bantuan yang ditawarkan dan cara memohon bantuan-bantuan yang tersedia.
MENGENAI DAKWAAN
Mesej yang tersebar menyatakan tentang tujuh pakej bantuan kerajaan yang boleh dimohon tetapi masih ramai yang tidak tahu mengenainya.
Maklumat itu juga meminta orang ramai agar cepat-cepat mengisi permohonan kesemua bantuan seperti yang tertera pada pautan yang disertakan.
APA YANG KAMI TEMUI
Destinasi pautan di WhatsApp
Pautan pada mesej di WhatsApp membawa kepada channel Telegram di aplikasi Telegram dengan nama Tcer.my.
Di sini terdapat pautan kepada artikel berkenaan jenis-jenis bantuan yang disediakan kerajaan serta pautan tambahan ke platform lain milik Tcer.my.
Kredibiliti maklumat yang disiarkan
Artikel-artikel yang disiarkan semuanya berkisar tentang maklumat mengenai bantuan namun tidak semuanya memberitahu cara untuk memohon secara jelas bahkan ada juga artikel yang memerlukan pembaca membuka artikel lain untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
Kami senaraikan pautan dan maklumat pada artikel seperti di bawah:
Ada Yang Rasa Tertipu
Kami kemudiannya meneliti satu persatu komen dan reaksi orang ramai yang keliru dan seolah olah berasa tertipu dengan maklumat tersebut. Buktinya dapat dilihat di ruang komen pada mesej-mesej yang disiarkan.
Bagi kami, jika seseorang membaca arahan ‘Info lanjut di sini’ dalam mesej yang disiarkan, mereka pasti akan menemui maklumat seperti yang kami nyatakan di atas.
Boleh jadi kerana makluman itu tidak dibaca dengan teliti, ada yang berasa tertipu kerana pautan membawa mereka ke destinasi ‘singgahan’ sebelum boleh mendapat maklumat sebenar yang diharapkan.
Pendapat kami di MyCheck, siaran mesej asal adalah untuk memancing pengguna masuk ke channel telegram Tcer.my yang digunakan untuk mempromosi artikel-artikel siaran portal itu.
Ketika artikel ini ditulis, channel ini telah mempunyai lebih 74,600 subscribers.
Menglolah malumat berita tempatan
Seterusnya setelah Mycheck meneliti portal Tcer.my melalui pautan yang tertera pada maklumat diberikan, maklumat-maklumat yang disiarkan di portal ini mengolah semula maklumat daripada sumber media mainstream menjadi artikel sendiri seperti memetik laporan berita BH Online.
Laporan BH Online pada 18 Januari 2021 menjelaskan pelbagai insentif serta bantuan diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas beliau mengenai Belanjawan 2021 atau Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia PERMAI 2021 bernilai RM15 bilion.
Bantuan sudah lama diumumkan
Maklumat mengenai bantuan yang disebarkan bukanlah baharu tetapi telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November 2020 lepas.
Maklumat penuh mengenai bantuan yang disediakan boleh didapati di laman khusus terbitan Kementerian Kewangan dan bagi mereka yang memenuhi kriteria bantuan tersebut, boleh memohon melalui mana-mana cawangan pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berdekatan atau merujuk maklumat lanjut di portal JKM.
Pelajaran yang boleh kita ambil adalah, sebaik menerima sesuatu maklumat, orang ramai dinasihatkan agar membaca isinya secara terperinci terlebih dahulu. Jadi tidaklah berlaku salah sangka dan akhirnya kita merasa ditipu.
-- MYCHECKMY --
RUJUKAN
© 2023 MyCheck Malaysia. All Rights Reserved.