+6012-232 8414 | mycheckofficial@mycheck.my

"Jangan Sebar Melulu, MyCheck Dulu"

Hanya 11 Pusat Pengundian Di Sarawak Ditutup, Bukan 22 Pusat Seperti Dakwaan Tular

Benarkah...

Terdapat 22 pusat pengundian di Sarawak telah ditutup disebabkan petugas-petugas tidak mempunyai pengangkutan ke pedalaman Sarawak.

Sumber : Twitter / November

Hasil

SPR telah mengeluarkan kenyataan bahawa hanya 11 pusat pengundian terpaksa ditutup ekoran keadaan cuaca yang tidak baik yang menyebabkan petugas tidak dapat sampai ke tempat bertugas. 

20/11/2022 10:29 PM

SEKILAS FAKTA

  • Tular satu dakwaan di Twitter menyatakan 22 pusat mengundi di Sarawak terpaksa ditutup semalam kerana petugas tidak mempunyai pengangkutan ke kawasan pedalaman Sarawak.
  • Menurut SPR hanya 11 pusat pengundian yang ditutup ekoran keadaan cuaca yang tidak baik yang mengakibatkan petugas tidak dapat sampai ke tempat bertugas.
  • Kesemua 11 tempat mengundi berkenaan terletak di Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.220 Baram.


Sumber: Facebook

 

LATAR BELAKANG

Hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selesai dijalankan semalam walaupun dalam keadaan cuaca yang kurang baik termasuk banjir di beberapa kawasan.

Turut kelihatan di media sosial orang ramai meredah banjir untuk keluar mengundi.

Keadaan cuaca antara perkara yang menjadi kebimbangan ramai apabila kerajaan memutuskan untuk menjalankan pilihan raya pada musim tengkujuh.

Tanda pagar #prubanjir turut trending di media sosial.

 

MENGENAI DAKWAAN

Tular satu dakwaan di media sosial mengenai pusat pengundian terpaksa ditutup di Sarawak, semalam.

Ia susulan seorang individu telah membuat aduan secara terbuka mengenai penutupan pusat pengundian kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Individu itu turut meminta Anwar menyiasat SPR.

 

APA YANG KAMI TEMUI

Hanya 11 Pusat Mengundi Ditutup

MyCheck menemukan kenyataan daripada SPR berhubung perkara ini.

Menurut SPR, sebanyak 11 Pusat Mengundi terpaksa ditutup ekoran keadaan cuaca yang tidak baik yang menyebabkan petugas tidak dapat sampai ke tempat bertugas sama ada melalui laluan udara, darat dan air.

Kami sertakan kenyataan penuh SPR di bawah.

 


Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya

 


Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya

 

Berdasarkan kenyataan SPR ini, jelas hanya 11 pusat pengundian yang ditutup, bukan 22 pusat seperti dakwaan.

Langkah penutupan itu juga bukan sesuatu tindakan yang sengaja dibuat tetapi berikutan masalah yang tidak dapat dielakkan.

 

KESIMPULAN

Seperti yang diketahui umum, SPR telah mempunyai pengalaman mengendalikan 15 pilihan raya di negara ini.

Sudah tentu apa jua langkah yang dibuat adalah setelah mengambil kira banyak faktor termasuk keselamatan rakyat.

-- MYCHECK.MY --

 

RUJUKAN 

  1. Facebook MyNews

  2. Twitter TNB 

MyCheck Malaysia

Tingkat 9, Wisma BERNAMA, Kuala Lumpur

012-232 8414

mycheckofficial@mycheck.my

"Jangan Sebar Melulu,
MyCheck Dulu"

© 2024 MyCheck Malaysia. All Rights Reserved.