OPERASI : MEMELIHARA KETELUSAN

MyCheck Malaysia adalah inisiatif semakan fakta secara bebas oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), sebuah agensi berita yang ditubuhkan pada 1967 sebagai badan berkanun di bawah Akta Bernama 1967.

Kami beroperasi di Wisma Bernama menggunakan sumber tenaga dan aset yang disediakan oleh Bernama. Setakat ini kami belum pernah menerima sumber kewangan daripada mana-mana pihak.

Pihak pengurusan Bernama telah memberi komitmen untuk membenarkan MyCheck Malaysia beroperasi secara 'editorially independent' dan mematuhi piawaian oleh International Fact Checking Network (IFCN).

Bukti ketelusan semakan fakta oleh MyCheck dapat dilihat dalam laporan-laporan yang dihasilkan.

Walau bagaimanapun sekiranya anda merasakan MyCheck tidak telus dalam melakukan semakan, kami mohon ditegur dengan cara menghantar emel ke mycheckfact@gmail.com.

Bersama, kita boleh lakukan yang terbaik untuk masyarakat Malaysia!

© 2020 MyCheck. Hak Cipta Terpelihara.